Thursday, June 19, 2014

Jimba BFF

Khamis, after hantar report. kitaorang bergambar sekeliling kolej macam orang asing.. dah 7 tahun kat kuis ni, Time dah habis study baru nak bergambar sakan.
with husna

lepas habis sesi bergambar dan hantar husna ke ktm. Aku dah am pergi ke tempat kesukaan. hihihi
Ingress, maybe kesukaan aku sebab orang kat situ semua kawan-kawan. mestilah xsabar jumpa kawan2. ye dop? ke aku je? hihihi.

Sampai ingress masa rehat, tapi lepas rehat kami menyebok jugak kat finance. sempat la tolong menolong sikit kan.hihi. suka plak :P

Gambar ni Propa je. hihi

Menyebok kat HR plak

Memang ikut suka hati menyebok kat mana-mana aku rasa menarik.hihi
kesokkannya. jumpa lagi BFF ingress ni. asal jumpa je. Mesti makan. Tempat menarik yg murah boleh guna kad siswa chicken Rice!nyummy!



Lepas makan-makan jalan2 nilai 3, cari hadiah untuk Majlis resepsi Aisyah (my BACC junior)
klu jln-jln kat nilai ni, jangan terus beli je klu rasa murah. sebab ada lagi murah!
aku pun bawak dorang, Kami beli 3 frame Ayat2 Suci alquran, kayu tau! harga RM 30. Jadi sorang Rm10 jelah, puas hati kan.. hihi. 

pas makan kat restoran mee celup yg dibelanja oleh Si Umar paksa rela. Balik terbongkang! penat weh! panaskan cuaca sekarang. Rasa cam gelap dah muka :D

Esokkanye, gerak lah kami pergi kenduri Aisyah di putrajaya.. 
Barakallahulakuma Aisyah & Afif

Lama juga lah dekat kenduri tu, bergambar dengan pengantin tak hengat! siap gagap buat video kiss2 bagai. Balik terbongkang jugak. 3 hari tak duduk diam kat rumah. Tapi xde lah banyak duit habis. Sebab aku tak shoping pun. ada lah dalam RM40 habis 3 hari berjimba2.

Apapun, happy.. sebab dapat tambah koleksi gambar yang memang banyak ni. hihihi

KERJA DAN IMPIAN..

Alhamdulillah, report practikal dah hantar minggu lepas khamis 12/6/2014.. Legalah satu masalah. ila dah habis belajar, Cuma mencari kerja..

Desperate sgt nak kerja sebab, ila ada sorang abg je yang betul-betul boleh tolong ila sementara ila susah, ila tau ila bawah tanggungjawab dia.. tapi dengan keadaan dia sakit, anak2 dia 5 masih kecil dan belajar, xkan ila x nak menyusahkan dia.. Walaupun ila xboleh tolong dia, tapi ila tak patut bebankan dia.

Sebab itulah, bila keluar dengan kawan je ila makan mewah, kalau kat rumah..
Makanan ila makan apa yang boleh dan apa yang ada, kalau nasi dengan kuah maggi, memang selalu. Nasi dengan ikan bilis goreng+cili pun selalu. makan Macam tu pun bertambah tau.. hihihi
Sebab ila tak tau apa yang uda dan anak2 buah makan kat kampung..
Moga tuhan sembuhkan penyakit uda..

Selain dari tu, ila nak belikan sesuatu untuk dorang, untuk mak aku terutamanya..
Belanja makan ke..
Bestnya,

Aku nak ada kereta sendiri, Perlu sangat ke kereta..? aku duduk jauh dari keluarga.. kereta sangat perlu.
Tiap kali ila nak balik, mak x bagi sebab bahaya naik motor.. memang betul. tapi itu je yang ila ada,
Kalau ila ada kereta, ila boleh bawak mak jalan2, bestnye. kereta viva pun xpe. xyah mahal2.

Ila pun teringgin nak belikan apa-apa untuk mak, yang selama ni tak dapat, sebab mak banyak berkorban sebab anaknya ni, nak sambung belajar..
Terima kasih mak dan uda tak halang, walaupun yang lain kata, belajar tinggi2 tak kemana. lepas kahwin duduk dapur. Takpe mak, sekurang-kurangnya ila mampu beri mak segulung diploma dan ijazah walaupun kita susah. Nanti ada rezeki ila belikan apa-apa yang mak nak ye.. ila cuba, tapi mak jangan tingalkan ila ye..
ila selalu doakan mak panjang umur..

Impian semua wanita, ingin dilindungi, disayangi dan dicintai oleh lelaki bergelar suami. Ila nak kumpul duit untuk tolong bakal suami, ila xmahu bebankan dia sebelum kawin, jadi ila nekad nak tolong dia kumpul duit sama-sama. Sedaya upaya ila akan tolong dia. tak kira sebelum atau selepas nikah. Susah senang sama-sama.

Kalau ada rezeki, ila nak sambung master, sebab cita-cita ila nak jadi pensyarah. ila memang xsuka kerja pejabat ni, dari zaman sekolah lagi, memang cita2 nak mengajar. Ila rasa kalau mengajar masa untuk diri dan keluarga lebih banyak. Insyallah.. Semoga allah makbulkan segala cita2.

Amin Ya Rabbal alamin...

Friday, May 30, 2014

Degree Done!

Alhamdulillah..
Segala urusan hari ni setle dgn jayanya.
Memang berkejar2lah citenye kan.
Beli hadiah kawan kawen, pergi cosway beli Barang2 kawan2 officemate tempah.
Banyak gile shoping bukan utk diri. hehehe.
Tapau makanan, balik office kira hutang. pas tu kutip hutang macam ceti plak.
Makan pun tergopoh gapah.

Pergi rumah kawan nikah hari ni, jalan jem!
dekat kenduri, makan pun laju. xhabis plak tu.
kejar masa sebab fobia punya pasal tak nak balik malam2 time magrib hari jumaat.
Tapi sempat lagi bergambar kat pelamin bila line clear. Hahaha.

Birthday yang memang memenatkan sangat2.
Tapi tapi tapi happy sebab dapat hadiah dari kekawan! hadiah yang paling bermakna untuk diri dari diri sendiri adalah officially saya dah ada ijazah sarjana muda perakaunan!!! yeay!!

Ya allah. syukur..
saya melalui terlalu banyak dugaan utk segulung ijazah ni :'(
Sangat2 banyak.kalau diluahkan memang menangis.
Hanya tuhan saja yg tahu apa2 yang sy lalui.

Mak, ni untuk mak.. ela tau ada yg inginkan ela jatuh,
dan ela tau mak pun tau mcm mana ela hidup dengan sorang yang anak ramai, tidak kuat tubuh badan membantu ela apa yg termampu. ela berjaya buktikan yg ela mampu.
Kalau abah ada, mesti abah pun bangga kan mak :'(

Uda, ini pun untuk uda..
uda abg yang paling adik sayang. Terima kasih uda untuk segala tangungjawab uda pd adik sejak pemergian abah, dari kecil hingga dewasa, besar dan gemuk ni.hihihi.
Sentiasa percayakan adik walau ada yang menyisihkan.
Adik sentiasa doakan uda sihat dan kuat.

Dan pd Bakal suami, terima kasih sebab abg selalu bagi nasihat, Bagi dorongan.
Tika takut buat keputusan. Abg suruh dengar cakap abg,
memang kalau sendiri. Xtau apa jadi masa practikal dekat KLCC dulu.
Lepas behenti tanpa notis, abg cari tempat baru dalam masa sehari, tapi tetap tak rasi.
Syg hargai semua yg abg buat sepanjang kita belajar hingga syg dapat degree.

Demi orang2 yg sy syg inilah..sy kuatkan dri.
Alhamdulillah.. Terima kasih.
Walaupun ada lagi ujian yg perlu ditempuh. Skurang2 satu dah selesai..
Terima kasih ya Allah ^_^