Friday, May 10, 2013

DUIT

Duit adalah segala-galanya, dengan duit kita boleh beli apa je yang kita mahu TETAPI bukan kasih sayang, cinta, setia, jujur. DAN duit sebenarnya bukanlah penjamin kebahagiaan, kebahagiaan letaknya dalam diri kita. Jika kita rasa duit tu membuatkan kita bahagia, maka berbahagialah kita jika kita berduit dan xkan bahagialah kita jika kita miskin pape kedana tidak berduit. 

Ada juga sesetengah orang mencari cinta berlandaskan duit & harta. jatuh miskin sidia, maka sidia ditingalkan. Begitukah nilai kasih...? boleh dibeli dgn Rm1000?Rm10,000 Rm 100,000? atau Rm1000,000?

Pada diri ila sendiri, nilai sebuah kasih, sayang, cinta, setia, jujur.. TIDAK ternilai dgn wang ringgit. Sememangnya orang yg berduit, dia berjaya mengkehendaki apa sahaja.. tapi xkekal lama. Org yg mendapatkan cinta dan menilaikanya dgn wang ringgit dan meningalkanya maka sangatlah rugi manusia itu.

Ila susah sangat nak berkira-kira, even dengan kawan-kawan pun. Mungkin itu satu sebab orang pijak kepala ila. Ramai orang kata ila terlalu baik, lembut sangat. Yelah kot.. tapi bila kita ikhlas wlupun dipijak kepala, itu amal ila didunia. Bagi ila itu rezeki dia.. allah lebih tahu menilai hati manusia, cuma manusia mempersenda & mengambil kesempatan. Astagfirullahalazim, jauhkan ila serta org2 yg ila syg dari sifat begini. Amin 


Teachers day!

"ummi, esok iya nak RM2.20 nak beli kad utk hari guru" kata anak buah ila yg 9 tahun kat mak dia. maknye ila punya kakak la kan.. jangan nak pelik2 sangat fikirla. uhuk3x. kakak ila ni bukanlah kedekut pun. Tapi bila dok pikiaq 2,3 kali (xpikir pun sebenarnya) xkanla beri kad untuk 1 guru je. Tp kalau ramai guru plak, besar plak budgetnye(bukan kedekut, tapi merancang).

Just imagine guru sebelah kebangsaan mungkin paling ramai 10 orang anak buah ila nak bagi, guru sekolah agama pun maybe 10 orang. Total dah 20 orang guru. Anak buah ila kat sekolah tu ada 2 orang, sorang lagi darjah 5. so, dah 40 orang guru. Means that sama dgn 40 kad la kan. 40 kad x RM2.20=RM88 (mula dah otak account keluar)

Kad tu belum tentu cantik, dan cikgu tu bukan selalu baca n guna pun, betul kan? jadi ila pun Dudukla depan babyDell ni, cari idea untuk buat penanda buku. Insyallah cikgu tu akan guna selalu. Budget maybe dalam RM0.50 utk satu kad, sebab printer, liminated machine, penebuk lubang, dah ada kat rumah kakak ila ni. Yang kena beli reben jelah. So RM0.50x 40=RM20. Dah jimat RM68. Banyak tu......

Hasil Dari penand buku tu...jeng jeng jeng...
Guru akaun aku pernah cakap, budak akaun ni, anything fikir.. even xde related dengan akaun, tapi mesti selalu fikir sama ada benda tu material atau tak. so.. ila rasa penanda buku lebih material dari kad. hehehe..

Dikesempatan ni, ini nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru2 ila, guru tadika. Cikgu zakiah, guru2 sekolah rendah cikgu rosnani,ustaz yusoff(yg lain x berapa ingat) guru2 sekolah menengah, cikgu salmah yang garang gila,cikgu roslam, cikgu salani, cikgu yang aku pangil abah sampai sekarang, cikgu mohantan, cikgu fauzi yang banyak sangat berjasa utk aku sampaikan nak ambil aku jadi anak angkat, dan ramai lagi cikgu sekolah2 menengah aku( sekolah menengah je ada 5) -,-

Xlupa, tenaga pengajar dekat KUIS, puan fikriah yg tak lekang nasihat, puan noraini, puan suhaily bakar, dan semua lecturer yang banyak berjasa memberi ilmu. Last sekali.. untuk diri sendiri juga. Bila kita jadi guru, even guru tuesyen.. kita rasa susah nak mengajar dan susahnya nak bagi pelajar kita faham dan capai target yg kita mahukan..

tapi, alang-alang menyeluk pekasam. biar sampai kepangkal lengan.. kan. apa yang penting IKHLAS DAN JUJUR. 

Thursday, May 9, 2013

Sangkut

Aduhai.. sedih sangat. inilah masalah yang buat ila selalu tak senang duduk. masalahnye.. sangkut nak practikal. sepatutnya ila memang dah boleh habis practikal bulan 10 tahun ni, then habis belajar..
tapi sebulan practikal ila dah hadapi macam-macam masalah. Shodihnya hati..
Tapi bila allah bagi ujian, kita kena akur.. ada sebab dan ada juga hikmahnya..

Jadi setelah membuat keputusan bersama keluarga dan tenaga pengajar, ila pun rasa terbaik utk ila..
ila nak masuk balik belajar bulan 5 ni, memang xde subjek dah nak ambil, so.. ila nak repair subjek yang dapat C. sebab ila perlu cari balik semangat dan kekuatan baru.

Rasanya tak perlulah ila ceritakan masalah yang berlaku, sebab kalau boleh ila pun xnak ingat, apa yang dah lepas tu biarkan ia berjalan seiring dengan masa, tapi ila risau jugakla masa depan ila.. kawan2 semua nak habis :(

xpelah.. rezeki orang lain-lain kan.. xperlu cemburu. kawan-kawan, doakan yang terbaik utk ila ye. smoga ila kuat dan tabah menghadapi pelbagai dugaan darinya.