Thursday, June 19, 2014

Jimba BFF

Khamis, after hantar report. kitaorang bergambar sekeliling kolej macam orang asing.. dah 7 tahun kat kuis ni, Time dah habis study baru nak bergambar sakan.
with husna

lepas habis sesi bergambar dan hantar husna ke ktm. Aku dah am pergi ke tempat kesukaan. hihihi
Ingress, maybe kesukaan aku sebab orang kat situ semua kawan-kawan. mestilah xsabar jumpa kawan2. ye dop? ke aku je? hihihi.

Sampai ingress masa rehat, tapi lepas rehat kami menyebok jugak kat finance. sempat la tolong menolong sikit kan.hihi. suka plak :P

Gambar ni Propa je. hihi

Menyebok kat HR plak

Memang ikut suka hati menyebok kat mana-mana aku rasa menarik.hihi
kesokkannya. jumpa lagi BFF ingress ni. asal jumpa je. Mesti makan. Tempat menarik yg murah boleh guna kad siswa chicken Rice!nyummy!



Lepas makan-makan jalan2 nilai 3, cari hadiah untuk Majlis resepsi Aisyah (my BACC junior)
klu jln-jln kat nilai ni, jangan terus beli je klu rasa murah. sebab ada lagi murah!
aku pun bawak dorang, Kami beli 3 frame Ayat2 Suci alquran, kayu tau! harga RM 30. Jadi sorang Rm10 jelah, puas hati kan.. hihi. 

pas makan kat restoran mee celup yg dibelanja oleh Si Umar paksa rela. Balik terbongkang! penat weh! panaskan cuaca sekarang. Rasa cam gelap dah muka :D

Esokkanye, gerak lah kami pergi kenduri Aisyah di putrajaya.. 
Barakallahulakuma Aisyah & Afif

Lama juga lah dekat kenduri tu, bergambar dengan pengantin tak hengat! siap gagap buat video kiss2 bagai. Balik terbongkang jugak. 3 hari tak duduk diam kat rumah. Tapi xde lah banyak duit habis. Sebab aku tak shoping pun. ada lah dalam RM40 habis 3 hari berjimba2.

Apapun, happy.. sebab dapat tambah koleksi gambar yang memang banyak ni. hihihi

KERJA DAN IMPIAN..

Alhamdulillah, report practikal dah hantar minggu lepas khamis 12/6/2014.. Legalah satu masalah. ila dah habis belajar, Cuma mencari kerja..

Desperate sgt nak kerja sebab, ila ada sorang abg je yang betul-betul boleh tolong ila sementara ila susah, ila tau ila bawah tanggungjawab dia.. tapi dengan keadaan dia sakit, anak2 dia 5 masih kecil dan belajar, xkan ila x nak menyusahkan dia.. Walaupun ila xboleh tolong dia, tapi ila tak patut bebankan dia.

Sebab itulah, bila keluar dengan kawan je ila makan mewah, kalau kat rumah..
Makanan ila makan apa yang boleh dan apa yang ada, kalau nasi dengan kuah maggi, memang selalu. Nasi dengan ikan bilis goreng+cili pun selalu. makan Macam tu pun bertambah tau.. hihihi
Sebab ila tak tau apa yang uda dan anak2 buah makan kat kampung..
Moga tuhan sembuhkan penyakit uda..

Selain dari tu, ila nak belikan sesuatu untuk dorang, untuk mak aku terutamanya..
Belanja makan ke..
Bestnya,

Aku nak ada kereta sendiri, Perlu sangat ke kereta..? aku duduk jauh dari keluarga.. kereta sangat perlu.
Tiap kali ila nak balik, mak x bagi sebab bahaya naik motor.. memang betul. tapi itu je yang ila ada,
Kalau ila ada kereta, ila boleh bawak mak jalan2, bestnye. kereta viva pun xpe. xyah mahal2.

Ila pun teringgin nak belikan apa-apa untuk mak, yang selama ni tak dapat, sebab mak banyak berkorban sebab anaknya ni, nak sambung belajar..
Terima kasih mak dan uda tak halang, walaupun yang lain kata, belajar tinggi2 tak kemana. lepas kahwin duduk dapur. Takpe mak, sekurang-kurangnya ila mampu beri mak segulung diploma dan ijazah walaupun kita susah. Nanti ada rezeki ila belikan apa-apa yang mak nak ye.. ila cuba, tapi mak jangan tingalkan ila ye..
ila selalu doakan mak panjang umur..

Impian semua wanita, ingin dilindungi, disayangi dan dicintai oleh lelaki bergelar suami. Ila nak kumpul duit untuk tolong bakal suami, ila xmahu bebankan dia sebelum kawin, jadi ila nekad nak tolong dia kumpul duit sama-sama. Sedaya upaya ila akan tolong dia. tak kira sebelum atau selepas nikah. Susah senang sama-sama.

Kalau ada rezeki, ila nak sambung master, sebab cita-cita ila nak jadi pensyarah. ila memang xsuka kerja pejabat ni, dari zaman sekolah lagi, memang cita2 nak mengajar. Ila rasa kalau mengajar masa untuk diri dan keluarga lebih banyak. Insyallah.. Semoga allah makbulkan segala cita2.

Amin Ya Rabbal alamin...

Friday, May 30, 2014

Degree Done!

Alhamdulillah..
Segala urusan hari ni setle dgn jayanya.
Memang berkejar2lah citenye kan.
Beli hadiah kawan kawen, pergi cosway beli Barang2 kawan2 officemate tempah.
Banyak gile shoping bukan utk diri. hehehe.
Tapau makanan, balik office kira hutang. pas tu kutip hutang macam ceti plak.
Makan pun tergopoh gapah.

Pergi rumah kawan nikah hari ni, jalan jem!
dekat kenduri, makan pun laju. xhabis plak tu.
kejar masa sebab fobia punya pasal tak nak balik malam2 time magrib hari jumaat.
Tapi sempat lagi bergambar kat pelamin bila line clear. Hahaha.

Birthday yang memang memenatkan sangat2.
Tapi tapi tapi happy sebab dapat hadiah dari kekawan! hadiah yang paling bermakna untuk diri dari diri sendiri adalah officially saya dah ada ijazah sarjana muda perakaunan!!! yeay!!

Ya allah. syukur..
saya melalui terlalu banyak dugaan utk segulung ijazah ni :'(
Sangat2 banyak.kalau diluahkan memang menangis.
Hanya tuhan saja yg tahu apa2 yang sy lalui.

Mak, ni untuk mak.. ela tau ada yg inginkan ela jatuh,
dan ela tau mak pun tau mcm mana ela hidup dengan sorang yang anak ramai, tidak kuat tubuh badan membantu ela apa yg termampu. ela berjaya buktikan yg ela mampu.
Kalau abah ada, mesti abah pun bangga kan mak :'(

Uda, ini pun untuk uda..
uda abg yang paling adik sayang. Terima kasih uda untuk segala tangungjawab uda pd adik sejak pemergian abah, dari kecil hingga dewasa, besar dan gemuk ni.hihihi.
Sentiasa percayakan adik walau ada yang menyisihkan.
Adik sentiasa doakan uda sihat dan kuat.

Dan pd Bakal suami, terima kasih sebab abg selalu bagi nasihat, Bagi dorongan.
Tika takut buat keputusan. Abg suruh dengar cakap abg,
memang kalau sendiri. Xtau apa jadi masa practikal dekat KLCC dulu.
Lepas behenti tanpa notis, abg cari tempat baru dalam masa sehari, tapi tetap tak rasi.
Syg hargai semua yg abg buat sepanjang kita belajar hingga syg dapat degree.

Demi orang2 yg sy syg inilah..sy kuatkan dri.
Alhamdulillah.. Terima kasih.
Walaupun ada lagi ujian yg perlu ditempuh. Skurang2 satu dah selesai..
Terima kasih ya Allah ^_^




Sunday, August 18, 2013

Our Gathering! ^_^

CAK!!!

Hari ni sy dan Mr hatimanis pergi kenduri kawan kawen, mcm biasalah dia memang ajak aku, last2 minit baru compem, kalo kenduri kawen biasanyelah kan, aku tak bagi duit, aku lagi suka bagi hadiah. Tapi sebab last2 minit. Bagilah sampul raya petronas berserta RMkrikkrik kat dlm :P

bertolak jam 12.30.. lambat kan? sy x salah okeh :P
 dlm kete masa pergi tak banyak ckp, sebab xtau jalan kan? kami mengfokuskan diri dengan melihat sekitar signboard jalanan sambil menikmati pemandangan alam. setelah berpusing2 tanpa sesat, akhirnya tiba lah ke dewan komuniti TTDI, TQ waze sebab byk memberi arahan sehingga bateri hp kami tintong.

Sampai2, kami mula berjejak kasih. eceh! lama x jumpa, ada rapat ada yang tidak. tapi buat2 rapat je :P
tiba2 ada sesi rakaman video. aisehh... malu. aku mengambil tempat dibahagian belakang, sambil menyorokkan muka. :P tapi ketinggian aku mungkin tidak dapat disangkal lagi, meyorok pun xguna -_- ini semua salah tumit tinggi :P




inilah antara gambar2 kami. Kegemukkan yang tersalah. dengan pegang baby, badan mcm tu, mcm pregnant -_-. sebenarnya sy xgemuk. kipas yang salah. hahaha 
Gambar ni menimbulkan kontroversi bila ramai yg tanya bila aku kawen?


ada yg tak percaya plak bila aku kata belum, gambar diatas memang seperti sungguhlah aku dah kawen. Itu anak org lain lahhh... disebabkan penat nak jawab, adalah 3,4 msg aku malas nak jawab, #maafkansaya -_-

insyallah, turn kami akan tiba. kalian standbylah budget hadiah daripada skrg ok? hihihi
biasalah kalau dtg kenduri kawen, soalan yg penat nak jawab, ko bile lagi? ulang2 naik merepek2 aku jawab. sebab tang merepek ni, aku agak hebat walaupun lemah lembut( eceh! puji diri)

esok ada kenduri lagi, tapi esok pergi seorang dirilah, sampai dengkil baru pi dgn anak2 buah, lagipun hatimanis aku ni tidak dijemput, sebab jemputanye utk family aku je, soo esok, aku postlah gambar baru menunjukkan, #akuxgemok!

Ok Byyyee :)))

Sunday, July 21, 2013

Sesetengah lelaki berkata

Awatlah pelik tajuk entry kali ni~~~~ dah lama rasanya Blog ni Tak berupdate, bukanlah nak kata den ni sebuk sangat megheting sano sini. Tapi keadaan internet oden yang tidak mengizinkan. pakai internet kat hp je, itu je yang den mampu (Ayat kesian den) kesian ke idok? hikhikhik

so, Hari ni ila nak share (xde den2 da, ponat eh!) maybe sajak kot, yang bila ila baca ila rasa ila terasa ( OMG! Bm yg sgt Gempak!

ayat-ayat ni bukan ila karang pun, ila kalau suruh merepek, huh! paling hebat ( sambil mendabik dada) tapi klu suruh buat karangan memerlukan masa lebih kurang semingu(minimum okeh!) utk berfikir sahaja tp haru biru biri la nguper ayat2nya, almaklumlah... bidang sastera hanya secubit didada ditutupi dengan Number2 dan standard2 yg selalu buat perut selalu rasa lapar ***kaitan?***

ayat-ayat ni dikarang oleh seorang lelaki, seorang bakal guru. ila tak kenal sangat pun dia, dia pun lagilah tak kenal ila kan. hikhikhik. dia ni femeslah jugak dengan mutiara2 kata yg bila ila baca ila rasa terasa. kalau korang like page pakar diari hati from mukabuku yg korang dok khatam tiap2 hari tu,  page dia tu antara page yg popular dengan kata-kata nasihat.

so, ila ni copy peh tu paste jelah, tambah mengarut2 sikit. huhu..aaaa kan? tajuk entry pun copy paste je, punya kemalasan tahap ****** utk berfikir. huhu..
seorang lelaki mengarang untuk menjadi bahan fahaman utk kaum sejenisnya pada kaum hawa. 
Okeh meh baca ^_^

Sesetengah lelaki berkata : 

Wanita itu terlalu minta dimanja. 
Wanita itu terlalu minta diperhatikan. 
Wanita itu terlalu banyak pintanya

Padahal.. kalaulah banyak lelaki tahu.
Bahwa anggapan itu tidaklah selalu benar. 
Kerana sesungguhnya. 

Masih banyak wanita masih mampu berdiri dengan sendiri.
Meski terkadang sering dikecewakan.

Masih banyak lagi wanita yang masih mampu berdiam.
Meskipun terkadang hati tak tertahan pedihnya.

Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.

Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih lagi mampu untuk bertahan.

Ketika lelaki datang kembali kedua kalinya.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.

Meski Wanita terkadang dilihat seperti menyusahkan.
Tetapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.
Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.

Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.


DI-umumkan bahawa ayat ni bukan sahaja tujunya utk kekasih, tetapi utk lelaki yg bergelar abg, ayah, dan suami.

Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan, kadang kala kita rasa kita kuat, sebenarnya kita lemah, lalu allah datangkan kesabaran supaya walau kita lemah kita tetap bertahan. Mungkin kita lebih perlu memahami apa maksud fitrah sebenarnya, fitrah yang tercipta sejak azali utk adam dan hawa berbeza walau dicipta fitrah cinta utk mereka.

Dan selepas memahami fitrah, kita perlu memahami apa itu tanggungjawab? kenapa wanita begitu...? kalau wanita dikatakan begitu? apa peranan lelaki?

Dan adakalanya allah letakkan kekuatan itu bukan pada hatinya, tapi pada akal fikiran. Dan adakalanya bukan pada dirinya, tapi pada orang lain, yakni org yang disayang. Disebabkan mempertahankan kekuatan itu, nama orang yang disayang sentiasa ada dalam doanya.

Friday, May 10, 2013

DUIT

Duit adalah segala-galanya, dengan duit kita boleh beli apa je yang kita mahu TETAPI bukan kasih sayang, cinta, setia, jujur. DAN duit sebenarnya bukanlah penjamin kebahagiaan, kebahagiaan letaknya dalam diri kita. Jika kita rasa duit tu membuatkan kita bahagia, maka berbahagialah kita jika kita berduit dan xkan bahagialah kita jika kita miskin pape kedana tidak berduit. 

Ada juga sesetengah orang mencari cinta berlandaskan duit & harta. jatuh miskin sidia, maka sidia ditingalkan. Begitukah nilai kasih...? boleh dibeli dgn Rm1000?Rm10,000 Rm 100,000? atau Rm1000,000?

Pada diri ila sendiri, nilai sebuah kasih, sayang, cinta, setia, jujur.. TIDAK ternilai dgn wang ringgit. Sememangnya orang yg berduit, dia berjaya mengkehendaki apa sahaja.. tapi xkekal lama. Org yg mendapatkan cinta dan menilaikanya dgn wang ringgit dan meningalkanya maka sangatlah rugi manusia itu.

Ila susah sangat nak berkira-kira, even dengan kawan-kawan pun. Mungkin itu satu sebab orang pijak kepala ila. Ramai orang kata ila terlalu baik, lembut sangat. Yelah kot.. tapi bila kita ikhlas wlupun dipijak kepala, itu amal ila didunia. Bagi ila itu rezeki dia.. allah lebih tahu menilai hati manusia, cuma manusia mempersenda & mengambil kesempatan. Astagfirullahalazim, jauhkan ila serta org2 yg ila syg dari sifat begini. Amin 


Teachers day!

"ummi, esok iya nak RM2.20 nak beli kad utk hari guru" kata anak buah ila yg 9 tahun kat mak dia. maknye ila punya kakak la kan.. jangan nak pelik2 sangat fikirla. uhuk3x. kakak ila ni bukanlah kedekut pun. Tapi bila dok pikiaq 2,3 kali (xpikir pun sebenarnya) xkanla beri kad untuk 1 guru je. Tp kalau ramai guru plak, besar plak budgetnye(bukan kedekut, tapi merancang).

Just imagine guru sebelah kebangsaan mungkin paling ramai 10 orang anak buah ila nak bagi, guru sekolah agama pun maybe 10 orang. Total dah 20 orang guru. Anak buah ila kat sekolah tu ada 2 orang, sorang lagi darjah 5. so, dah 40 orang guru. Means that sama dgn 40 kad la kan. 40 kad x RM2.20=RM88 (mula dah otak account keluar)

Kad tu belum tentu cantik, dan cikgu tu bukan selalu baca n guna pun, betul kan? jadi ila pun Dudukla depan babyDell ni, cari idea untuk buat penanda buku. Insyallah cikgu tu akan guna selalu. Budget maybe dalam RM0.50 utk satu kad, sebab printer, liminated machine, penebuk lubang, dah ada kat rumah kakak ila ni. Yang kena beli reben jelah. So RM0.50x 40=RM20. Dah jimat RM68. Banyak tu......

Hasil Dari penand buku tu...jeng jeng jeng...
Guru akaun aku pernah cakap, budak akaun ni, anything fikir.. even xde related dengan akaun, tapi mesti selalu fikir sama ada benda tu material atau tak. so.. ila rasa penanda buku lebih material dari kad. hehehe..

Dikesempatan ni, ini nak ucapkan selamat hari guru untuk semua guru2 ila, guru tadika. Cikgu zakiah, guru2 sekolah rendah cikgu rosnani,ustaz yusoff(yg lain x berapa ingat) guru2 sekolah menengah, cikgu salmah yang garang gila,cikgu roslam, cikgu salani, cikgu yang aku pangil abah sampai sekarang, cikgu mohantan, cikgu fauzi yang banyak sangat berjasa utk aku sampaikan nak ambil aku jadi anak angkat, dan ramai lagi cikgu sekolah2 menengah aku( sekolah menengah je ada 5) -,-

Xlupa, tenaga pengajar dekat KUIS, puan fikriah yg tak lekang nasihat, puan noraini, puan suhaily bakar, dan semua lecturer yang banyak berjasa memberi ilmu. Last sekali.. untuk diri sendiri juga. Bila kita jadi guru, even guru tuesyen.. kita rasa susah nak mengajar dan susahnya nak bagi pelajar kita faham dan capai target yg kita mahukan..

tapi, alang-alang menyeluk pekasam. biar sampai kepangkal lengan.. kan. apa yang penting IKHLAS DAN JUJUR.