Thursday, June 19, 2014

KERJA DAN IMPIAN..

Alhamdulillah, report practikal dah hantar minggu lepas khamis 12/6/2014.. Legalah satu masalah. ila dah habis belajar, Cuma mencari kerja..

Desperate sgt nak kerja sebab, ila ada sorang abg je yang betul-betul boleh tolong ila sementara ila susah, ila tau ila bawah tanggungjawab dia.. tapi dengan keadaan dia sakit, anak2 dia 5 masih kecil dan belajar, xkan ila x nak menyusahkan dia.. Walaupun ila xboleh tolong dia, tapi ila tak patut bebankan dia.

Sebab itulah, bila keluar dengan kawan je ila makan mewah, kalau kat rumah..
Makanan ila makan apa yang boleh dan apa yang ada, kalau nasi dengan kuah maggi, memang selalu. Nasi dengan ikan bilis goreng+cili pun selalu. makan Macam tu pun bertambah tau.. hihihi
Sebab ila tak tau apa yang uda dan anak2 buah makan kat kampung..
Moga tuhan sembuhkan penyakit uda..

Selain dari tu, ila nak belikan sesuatu untuk dorang, untuk mak aku terutamanya..
Belanja makan ke..
Bestnya,

Aku nak ada kereta sendiri, Perlu sangat ke kereta..? aku duduk jauh dari keluarga.. kereta sangat perlu.
Tiap kali ila nak balik, mak x bagi sebab bahaya naik motor.. memang betul. tapi itu je yang ila ada,
Kalau ila ada kereta, ila boleh bawak mak jalan2, bestnye. kereta viva pun xpe. xyah mahal2.

Ila pun teringgin nak belikan apa-apa untuk mak, yang selama ni tak dapat, sebab mak banyak berkorban sebab anaknya ni, nak sambung belajar..
Terima kasih mak dan uda tak halang, walaupun yang lain kata, belajar tinggi2 tak kemana. lepas kahwin duduk dapur. Takpe mak, sekurang-kurangnya ila mampu beri mak segulung diploma dan ijazah walaupun kita susah. Nanti ada rezeki ila belikan apa-apa yang mak nak ye.. ila cuba, tapi mak jangan tingalkan ila ye..
ila selalu doakan mak panjang umur..

Impian semua wanita, ingin dilindungi, disayangi dan dicintai oleh lelaki bergelar suami. Ila nak kumpul duit untuk tolong bakal suami, ila xmahu bebankan dia sebelum kawin, jadi ila nekad nak tolong dia kumpul duit sama-sama. Sedaya upaya ila akan tolong dia. tak kira sebelum atau selepas nikah. Susah senang sama-sama.

Kalau ada rezeki, ila nak sambung master, sebab cita-cita ila nak jadi pensyarah. ila memang xsuka kerja pejabat ni, dari zaman sekolah lagi, memang cita2 nak mengajar. Ila rasa kalau mengajar masa untuk diri dan keluarga lebih banyak. Insyallah.. Semoga allah makbulkan segala cita2.

Amin Ya Rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment