Sunday, July 21, 2013

Sesetengah lelaki berkata

Awatlah pelik tajuk entry kali ni~~~~ dah lama rasanya Blog ni Tak berupdate, bukanlah nak kata den ni sebuk sangat megheting sano sini. Tapi keadaan internet oden yang tidak mengizinkan. pakai internet kat hp je, itu je yang den mampu (Ayat kesian den) kesian ke idok? hikhikhik

so, Hari ni ila nak share (xde den2 da, ponat eh!) maybe sajak kot, yang bila ila baca ila rasa ila terasa ( OMG! Bm yg sgt Gempak!

ayat-ayat ni bukan ila karang pun, ila kalau suruh merepek, huh! paling hebat ( sambil mendabik dada) tapi klu suruh buat karangan memerlukan masa lebih kurang semingu(minimum okeh!) utk berfikir sahaja tp haru biru biri la nguper ayat2nya, almaklumlah... bidang sastera hanya secubit didada ditutupi dengan Number2 dan standard2 yg selalu buat perut selalu rasa lapar ***kaitan?***

ayat-ayat ni dikarang oleh seorang lelaki, seorang bakal guru. ila tak kenal sangat pun dia, dia pun lagilah tak kenal ila kan. hikhikhik. dia ni femeslah jugak dengan mutiara2 kata yg bila ila baca ila rasa terasa. kalau korang like page pakar diari hati from mukabuku yg korang dok khatam tiap2 hari tu,  page dia tu antara page yg popular dengan kata-kata nasihat.

so, ila ni copy peh tu paste jelah, tambah mengarut2 sikit. huhu..aaaa kan? tajuk entry pun copy paste je, punya kemalasan tahap ****** utk berfikir. huhu..
seorang lelaki mengarang untuk menjadi bahan fahaman utk kaum sejenisnya pada kaum hawa. 
Okeh meh baca ^_^

Sesetengah lelaki berkata : 

Wanita itu terlalu minta dimanja. 
Wanita itu terlalu minta diperhatikan. 
Wanita itu terlalu banyak pintanya

Padahal.. kalaulah banyak lelaki tahu.
Bahwa anggapan itu tidaklah selalu benar. 
Kerana sesungguhnya. 

Masih banyak wanita masih mampu berdiri dengan sendiri.
Meski terkadang sering dikecewakan.

Masih banyak lagi wanita yang masih mampu berdiam.
Meskipun terkadang hati tak tertahan pedihnya.

Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.

Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih lagi mampu untuk bertahan.

Ketika lelaki datang kembali kedua kalinya.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.

Meski Wanita terkadang dilihat seperti menyusahkan.
Tetapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.
Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.

Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.


DI-umumkan bahawa ayat ni bukan sahaja tujunya utk kekasih, tetapi utk lelaki yg bergelar abg, ayah, dan suami.

Setiap orang ada kelemahan dan kekuatan, kadang kala kita rasa kita kuat, sebenarnya kita lemah, lalu allah datangkan kesabaran supaya walau kita lemah kita tetap bertahan. Mungkin kita lebih perlu memahami apa maksud fitrah sebenarnya, fitrah yang tercipta sejak azali utk adam dan hawa berbeza walau dicipta fitrah cinta utk mereka.

Dan selepas memahami fitrah, kita perlu memahami apa itu tanggungjawab? kenapa wanita begitu...? kalau wanita dikatakan begitu? apa peranan lelaki?

Dan adakalanya allah letakkan kekuatan itu bukan pada hatinya, tapi pada akal fikiran. Dan adakalanya bukan pada dirinya, tapi pada orang lain, yakni org yang disayang. Disebabkan mempertahankan kekuatan itu, nama orang yang disayang sentiasa ada dalam doanya.