Friday, May 10, 2013

DUIT

Duit adalah segala-galanya, dengan duit kita boleh beli apa je yang kita mahu TETAPI bukan kasih sayang, cinta, setia, jujur. DAN duit sebenarnya bukanlah penjamin kebahagiaan, kebahagiaan letaknya dalam diri kita. Jika kita rasa duit tu membuatkan kita bahagia, maka berbahagialah kita jika kita berduit dan xkan bahagialah kita jika kita miskin pape kedana tidak berduit. 

Ada juga sesetengah orang mencari cinta berlandaskan duit & harta. jatuh miskin sidia, maka sidia ditingalkan. Begitukah nilai kasih...? boleh dibeli dgn Rm1000?Rm10,000 Rm 100,000? atau Rm1000,000?

Pada diri ila sendiri, nilai sebuah kasih, sayang, cinta, setia, jujur.. TIDAK ternilai dgn wang ringgit. Sememangnya orang yg berduit, dia berjaya mengkehendaki apa sahaja.. tapi xkekal lama. Org yg mendapatkan cinta dan menilaikanya dgn wang ringgit dan meningalkanya maka sangatlah rugi manusia itu.

Ila susah sangat nak berkira-kira, even dengan kawan-kawan pun. Mungkin itu satu sebab orang pijak kepala ila. Ramai orang kata ila terlalu baik, lembut sangat. Yelah kot.. tapi bila kita ikhlas wlupun dipijak kepala, itu amal ila didunia. Bagi ila itu rezeki dia.. allah lebih tahu menilai hati manusia, cuma manusia mempersenda & mengambil kesempatan. Astagfirullahalazim, jauhkan ila serta org2 yg ila syg dari sifat begini. Amin 


No comments:

Post a Comment